Saturday, November 21, 2009

cuti 6 minggu

cuti 6 minggu, secara rasminya bermula hari ini, tetapi aku dan kami warga emas yang tidak mendengar kata sudah dua hari berpoya poya di rumah.

cuti 6 minggu dengan pesanan dari cikgu supaya membaca dan menelaah buku, dah hari ini timbunan buku atas meja, dengan aku pandang buku, dan buku pandang aku. itu yang berlaku pada hari pertama, untuk hari hari yang seterusnya kita tunggu dan lihat sajalah.

cuti 6 minggu, dan aku terlentang kebosanan dan pandang syiling, kipas berputar dan berputar, dengan mata aku yang semakin redup, dan...z.z.z.z.z..z.z.z.z.z.z.z.z.z.....

Wednesday, November 18, 2009

setahun yang lepas; cik yen; kamu ingatkah kerja gila yang kita buat?

kira kira setahun yang lepas;

si konduktor bas, si minah indon a.k.a. makcik joyah dan si prebet yang tidak ketahuan pangkatnya

risau yang sasau


untuk seorang perempuan separa muda yang untuk memasuki hari yang kedua belum dapat melelapkan mata atau dengan erti kata mudahnya ialah tidur, segala-galanya boleh menyalakan api amarah.

dan sekarang perempuan separa muda tidak tahu perlu menghamburkan amarah kepada siapa, kepada awan yang mendung? kepada lopak lopak yang bertakung air hujan? kepada serangga yang tiba tiba merayap dengan banyak tika musim hujan? marah kepada pengurusan? marah kepada mereka yang diberi tanggungjawab? marah kepada mereka yang punya kuasa? kepada siapa?
*diam.

dan sebenarnya aku lagi marah dengan pandangan simpati mereka yang tidak merasa dan hanya melihat apa yang berlaku.

sebuah kehidupan itu sendiri dari awalnya sudah membuktikan ketidakadilan dunia, itu aku ketahui dari dulu lagi, dan setiap kali aku disogok dengan kata kata supaya bertahanlah dan sabar, sabarlah dan bertahan, bertahanlah dan bersabarlah, yang diulang ulang dan berulang ulang. dan setiap kali itu aku menerima sogokan.

manusia sampai bila sudahnya, bila berlaku kepada mereka, seringkali mereka melatah, tetapi tatkala perkara itu berlaku kepada orang lain, pandangan simpati mereka seperti sebilah pisau yang berbelit perli dan kata kata simpati itu juga seperti pedang yang memancung kepala setiap yang diberikan simpati.
simpan simpati itu, aku cuma mahu penyelesaian dan pertimbangan.
pembuktian sekali ini, buktikan kepada aku bahawa di dunia ini masih punya sekelumit keadilan.

dan bila mereka mereka itu mula mengeluarkan fakta dan data yang membuktikan betapa masalah mereka lagi berat dari masalah aku, aku terdiam, saat itu aku faham, kes minoriti seperti aku hanya kelikir di jalanan, batu besar perlu dialihkan dahulu, lebih penting.
hahahahaha. *gelak gelak

mungkin aku atau salah seorang antara kami perlu menjadi anak anak orang besar baru rayuan permintaan diambil perhatian, mungkin. malangnya ayah aku pun orang besar dengan perut yang boroi seperti perempuan yang sarat mengandung, tiada keutamaan.
*diam.

rasa sabar aku sudah bergelimpangan menjadi mayat mayat yang mula busuk dan bernanah, buat aku rasa keji.

bungkus elok elok rasa sabar, bau busuk dan nanah ini memalukan dan menjijikkan.

arghhh...... dan syaitan di sebelah menyebelah menari kegirangan melihat bara amarah aku yang mula menyala, mungkin malam ini boleh buat bbq.


Tuesday, November 17, 2009

lelangau versi tipikal


Kerja sekolah yang tidak siap buat otak aku sedikit berpinau seperti dihurung ribuan dan ratusan lelangau.
tarik nafas dalam dalam dan hembus perlahan; bawa bertenang, cari ridsect dan sembur lelangau lelangau itu.
*gelak merasai kebodohan itu.

petang tadi aku tukar tiket bas dari pagi sabtu ke malam khamis, orang rumah mahu balik kampung sabtu ini.jadi perlu mengutamakan orang rumah (alasan kukuh). tup tup (bahasa tak diketahui), sebentar tadi budak budak ini buat pengumuman kononnya Jumaat ini ada sedikit perjumpaan dimana kehadiran akan diambil.
dongak kepala, lihat langit gelap, pedulikanlah. walau hati kecil merasa sikit risau.

banyak perkara yang aku risaukan dan rasa risau yang aku himpunkan itu menimbun sehingga menyebabkan jiwa aku rasa sedikit kacau. dan kemudian rasa itu berubah menjadi bosan. hujung pangkalnya cuma satu, sepatutnya aku bawa bertenang dan selesaikan satu persatu, jangan menyerabutkan diri sendiri. fikir positif untuk menghilangkan rasa risau.

waduh. waduh.waduh. berkata kata memang enak untuk didengar, tetapi tidak mengenyangkan, ibarat keropok perisa ayam yang dulunya berharga 20sen dan kemudian sekarang tiba tiba berharga 30 sen, makan sebanyak mana pun tidak akan mengenyangkan walau rasanya enak.

haish.

apa lagi......

masa masa sebeginilah baru dengan rasa tidak tahu malunya meminta minta dan menagih nagih kepada Tuhan. manusia memang sebegini, aku juga, manusia tipikal.
rasa keji tiba tiba.


Tuesday, November 10, 2009

.Selasa.Rasa.Biasa.



awal pagi Selasa, sedikit mendamaikan, rasa yang seperti hari hari semalam yang penuh dengan kebiasaan. Rutin kebiasaan yang sebenarnya harus disyukuri bukannya dihadapi dengan keluhan.
*sengih kepada diri sendiri.

manusia itu pelik, aku juga, selalu;
rutin yang penuh dengan kebiasaan disudahi dengan keluhan,
bila paksi kehidupan hari itu lari sedikit dari kebiasaan, ada sedikit masalah, pun disudahi dengan keluhan, keluhan, keluhan dan keluhan.
rasa serba salah pula.

*gelak gelak kecil kepada diri sendiri.

jam menunjukkan 6.26 pagi, pagi yang masih muda, kau kau dan kamu kamu yang segelintir mungkin masih berada di bawah selimut, dingin pagi yang sebenarnya tidak wujud. khayalan yang abstrak.
sedangkan bagi kebanyakan yang lain sudah berpusu untuk mencari sesuap nasi, berpusu mencari sekelumit rezeki untuk belanja menghidupkan kehidupan agar lebih hidup.

Semalam berjumpa guru pebimbing dan menyelesaikan permasalah penempatan praktikal awal januari depan. dan penyelesaiannya, aku dan seorang lagi rakan dipindahkan ke sekolah lain iaitu SJKC. Syn San Too, sekolah yang aku sendiri tidak ketahuan biodata. Kakak yang di unit praktikum itu sedikit risau dengan situasi aku.rasa sweet di ketika itu.
*sengih.
tidak perlu risau, aku belajar untuk survive di usia muda yang senja.

beberapa bulan ini bukankah aku survive dalam komuniti kelas aku seramai 40 orang dengan aku seorang yang bangsa lain. tiba tiba merasai pula konsep satu malaysia yang digembar gemburkan.
*gelak gelak kecil lagi.

kisah praktikal itu tahun hadapan, aku tidaklah kisah sangat, insyaallah segalanya dipermudahkan. selagi ada usaha, selagi ada doa, dan selagi wujud rasa tawakal.

petang ini ujian separa kecil akan diadakan;
catatan perempuan separa muda sampai sini dahulu.

pagi ini tiada caffein;
tetapi rasanya dia masih dengan pallmall merah itu, dan melangkah pergi keluar mencari rezeki.
rutin yang berbeza dengan aku.
terlalu jauh berbeza.
shhhh. diam.
ini juga khayalan yang abstrak.

mari, mari meneruskan kerja kerja menghidupkan kehidupan agar hidup.

aku, kembali menelaah nota-nota yang berselerakan dan jiwa sedikit serabut.
Tuhan, bagaimana ini?








Monday, November 9, 2009

Pall Mall merah dan rasa itu yang aku gelar amarah.


Pagi Isnin dengan kelas yang bermula lewat dari biasa buat aku rasa serabut, tambah lagi di luar hujan kejap lebat kejap renyai, dan diri aku rasa serabai.

dan dia, masih dengan pall mall merah, untuk menghilangkan rasa serabut.

dan aku, dengan caffein yang memberi ketenangan sementara.

*sigh

kopi aku habiskan tiada bersisa, angkat beg, dan pergi ke perpustakaan.

pall mall merah dan rasa itu yang aku gelar amarah.

*diam.

status masih menelaah nota nota.

Pagi Isnin yang berbaur antara kelat dan manis


Pagi Isnin, usai Subuh duduk kembali menghadap buku-buku dan kertas nota sambil ditemani kopi suam sedikit menyenangkan jiwa. Di luar hujan telahpun berhenti dengan hanya sesekali terlihat rintik-rintik kecil.

Bagi kebanyakan orang, Hari Isnin seperti biasa dengan rutin biasa, yang pergi kerja sudah bertolak sekarang, takut takut terperangkap dalam kesesakan lalulintas, ibuayah yang menghantar anak anak ke sekolah, anak anak guruguru yang berpusu juga ke sekolah, semua manusia mulai bergerak menuju ke destinasi masing masing.
Kebanyakan orang semua sama, mulai sibuk, mulai berkejar, mulai mengejar dan dikejar.
dan mungkin ada sesetengah yang berbeza, ada saja.

Esok, Ujian separa kecil untuk subjek major aku yang berbentuk persoalan dan perbincangan perihal Alat Bantuan Mengajar. rasa serabut dan serabai, tiba-tiba. dan hari ini kelak ada kuiz kecil yang katanya untuk menguji tahap penguasaan subjek major aku iaitu Pengajian Cina.
terasa seperti kelayakan perlu dibuktikan. aku mungkin antara yang mendapat keputusan yang teruk. rasanya.
mungkin seperti seorang kekasih yang tidak mampu membuktikan rasa cintanya. hahaha. entah apa apalah yang aku bebelkan.

Hidup untuk sehari lagi, dan perempuan separa muda berjuang dan berusaha untuk menstabilkan kehidupan dengan keyakinan. Keyakinan.

Tuhan, perempuan separa muda mahu update, eh, bukan, perempuan separa muda mahu follow up permintaannya setahun lalu, borang permuhonan kelulusan permintaan itu masih ada kan?
pagi ini perempuan separa muda tersenyum melihat ke luar jendela, udara yang segar menemani perempuan separa muda menanti permintaannya yang pending.

alhamdulillah; terima kasih Tuhan, untuk semuanya.

Sunday, November 8, 2009

Ralat paralaks Kehidupan


Bangun pagi, meneruskan aktiviti menelaah buku,
minggu hadapan ujian separa kecil menguji tahap kefahaman.

mengunyah kekacang sambil melayan jiwa yang sedikit serabut.
setahun sudah hampir berlalu, begitu pantas.

permintaan yang aku minta setahun lalu masih berstatus "pending",
menunggu giliran dengan penuh kesabaran.
Tuhan, aku mohon untuk sekali ini sahaja, tiada lagi pengulangan permintaan yang sama tahun hadapan.
*sengih.

pandang syiling, kipas yang berpusing memeningkan kepala.
pandang luar jendela, gelanggang bola jaring dan sepak takraw yang kosong.
pening dan kosong itu sebenarnya suatu bukti bahawa aku masih hidup.
*gelak kosong.

diam.
status: menelaah buku.

Saturday, November 7, 2009

mendagu; menunggu sang pari pari di tepi jendela kamar


usai bermain badminton, bersih badan, makan malam di Gerai Batu Lintang dan merayau sebentar ke Saberkas , kembali ke IPBL dan kepenatan. Tua-tua sebegini mungkin lebih baik duduk sahaja di bilik. *sengih.

kemudiannya menghadap komputer dan buku yang terbuka luas menunggu untuk ditelaah.
Mendagu dan menjenguk ke luar jendela yang terbuka luas.
*diam.

sudah beberapa hari tiada pari pari di luar jendela, hati sedikit hampa.
selalunya buka sahaja jendela sudah ada sang pari pari dengan senyumannya menanti.
*diam.

dan diam.
dan perempuan separa muda menelaah buku bukunya yang mulai keresahan, dengan harapan awal pagi esok sang pari pari kembali hadir tatkala perempuan separa muda membuka jendelanya awal pagi esok.

diam.


  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP