Tuesday, November 10, 2009

.Selasa.Rasa.Biasa.



awal pagi Selasa, sedikit mendamaikan, rasa yang seperti hari hari semalam yang penuh dengan kebiasaan. Rutin kebiasaan yang sebenarnya harus disyukuri bukannya dihadapi dengan keluhan.
*sengih kepada diri sendiri.

manusia itu pelik, aku juga, selalu;
rutin yang penuh dengan kebiasaan disudahi dengan keluhan,
bila paksi kehidupan hari itu lari sedikit dari kebiasaan, ada sedikit masalah, pun disudahi dengan keluhan, keluhan, keluhan dan keluhan.
rasa serba salah pula.

*gelak gelak kecil kepada diri sendiri.

jam menunjukkan 6.26 pagi, pagi yang masih muda, kau kau dan kamu kamu yang segelintir mungkin masih berada di bawah selimut, dingin pagi yang sebenarnya tidak wujud. khayalan yang abstrak.
sedangkan bagi kebanyakan yang lain sudah berpusu untuk mencari sesuap nasi, berpusu mencari sekelumit rezeki untuk belanja menghidupkan kehidupan agar lebih hidup.

Semalam berjumpa guru pebimbing dan menyelesaikan permasalah penempatan praktikal awal januari depan. dan penyelesaiannya, aku dan seorang lagi rakan dipindahkan ke sekolah lain iaitu SJKC. Syn San Too, sekolah yang aku sendiri tidak ketahuan biodata. Kakak yang di unit praktikum itu sedikit risau dengan situasi aku.rasa sweet di ketika itu.
*sengih.
tidak perlu risau, aku belajar untuk survive di usia muda yang senja.

beberapa bulan ini bukankah aku survive dalam komuniti kelas aku seramai 40 orang dengan aku seorang yang bangsa lain. tiba tiba merasai pula konsep satu malaysia yang digembar gemburkan.
*gelak gelak kecil lagi.

kisah praktikal itu tahun hadapan, aku tidaklah kisah sangat, insyaallah segalanya dipermudahkan. selagi ada usaha, selagi ada doa, dan selagi wujud rasa tawakal.

petang ini ujian separa kecil akan diadakan;
catatan perempuan separa muda sampai sini dahulu.

pagi ini tiada caffein;
tetapi rasanya dia masih dengan pallmall merah itu, dan melangkah pergi keluar mencari rezeki.
rutin yang berbeza dengan aku.
terlalu jauh berbeza.
shhhh. diam.
ini juga khayalan yang abstrak.

mari, mari meneruskan kerja kerja menghidupkan kehidupan agar hidup.

aku, kembali menelaah nota-nota yang berselerakan dan jiwa sedikit serabut.
Tuhan, bagaimana ini?








2 lontaran komentar:

patungcendana November 15, 2009 4:04 PM  

aku yakin kau seorang yang tabah....sama macam aku...hehehe...

good luck ya...

nota.kematian November 15, 2009 10:52 PM  

madam, yosh !
ya.... aku terharu aku mampu sampai pada keadaan/situasi aku sekarang, walau sikit kelat, namun ia tetap menyegarkan...

berusahalah kita !

:)

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP