kek sarang semut - kek tradisi aidilfitri
Mari kita beralih ke entri yang sedikit berbeza ya.
Hari ini, 3 Ramadhan, bermakna ada lagi dua puluh lebih hari lagi untuk Aidilfitri.
Oleh kerana setiap tahun, semangat Ramadhan aku sama saja dengan semangat Aidilfitri,
maka aku nak letak resepi kek tradisi rumah kami di entri kali ini.
Motif?
*senyum
Aku copet foto ini dari :http://syerahomar.fotopages.com/
Mula mula perlulah ada mesin buat kuih itu, bukannya apa,
kudrat kita tidak seberapa, ditambah lagi dengan kadar kemalasan,
nak putar bahan bahan secara manual.
Jadi dengan adanya mesin pembuat kuih itu,
menyenangkan kerja kita,
kita boleh berkaraoke sambil menunggu bahan bahan diputar.
dan, seterusnya sila pakai pakaian bersopan,
pakai penutup kepala, supaya rambut tidak gugur,
walaupun kita semua mengunakan sunsilk, rambut tidak gugur,
tapi lebih afdal pakailah cekup kepala,
nak kelihatan comel lagi, silalah pakai tudung lengkap,
supaya kita kelihatan sebagai anak yang solehah dan calon menantu yang baik.
Mari kita lihat bahan bahannya ya,
puan puan, tuan tuan, encik encik, gadis gadis, teruna teruna, dan sebagainya.
Bahan bahan untuk membuat Kek Sarang Semut.
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega
(* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas.
Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan)
Di sini ada aksi extreme sedikit kerana akan berlaku letupan letupan kecil di dapur, jadi berhati hati.
Sekiranya kamu was was, sila minta tunjuk ajar pakar ya.
Oleh itu, aku cadangkan kek ini boleh buat awal, kerana kek ini tahan sehingga 6 bulan,
juga tahan sehingga raya yang berikutnya sekiranya kamu semua simpan dengan betul.
tapi mengikut pengalaman, raya ketiga, kek ini sudah kehabisan, terima kasih.
Jadi, sekiranya kita membuat awal seminggu,
tangan yang sedikit melecur dengan letupan dapat sembuh dan pulih.
Jadi kita dapat menyambut aidilfitri dengan comel dan gembira.
tak begitu?
Sambung lagi bahan bahannya,
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila
Cara cara membuat Kek Sarang Semut
- Pukul telur sampai kembang dan pekat.
- Masukkan susu pekat - Putar hingga rata
- Masukkan tepung dan soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
- Tuang kan esen vanila
- akhir sekali, masukkan gula hangus tadi.
mudahkan?
Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup)
ini Untuk mendapatkan sarang yang cantik.
Akhir sekali bakarlah kek tersebut.
dan kemudian, siaplah untuk dimakan.
sementara menunggu tiga atau empat jam itu,
bolehlah kita mula kupas kupas bawang,
kopek kopek ikan bilis,
untuk apa?
lorr... masak juadah untuk berbuka puasalah.
bawang dengan ikan bilis tak ada kaitan dengan kek sarang semut.
jangan sampai terleka membuat kek terlupa untuk menyediakan hidangan berbuka puasa.
Sekian, diharap dapat mencuba.
mudah saja,
boleh dibuat sambil nyanyi lagu makhluk tuhan paling seksi.

7 lontaran komentar:
gigih bagi resipi kuih raya
haruslaa gigeh, nak raya katanya...
hehehe
wawawa...sedapnyeee~
hehehe
sedap ke nida?
apa kata raya ni nida buat.
jangan lupa ambil gambar post kat blog ya.
resepi akak dah sertakan tu...
hehe
apa lagi...
oo.. kek sarang semut?? kte panggil kek gula hangus. sedap2, lagi sedap kalau kita jd tukang makan je =D
suka kuih nie....hu3
suka kuih nie....hu3
Post a Comment